Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Dua bulan sudah berlalu

 Hari ini genap dua bulan saya mendaftarkan diri sebagai perunding takaful di GETB. Suka saya perkenalkan diri saya sekali lagi disini. Nama saya Muhamad Rafidi Ramli. Ramai yang panggil Rafidi, tak kurang juga Pid, Bampid, PD, Fidi dan sebagainya. Saya berasal dari Pulau Pinang dan bersekolah di sana sehingga peringkat SPM. Sekarang saya menetap di Selangor. Saya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Negara Matahari Terbit. Setelah pulang, saya bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi selama 15 tahun. Saya mengambil MBA secara separuh masa semasa bekerja di sini. Pada hujung tahun 2014, saya mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dengan menguruskan trip ke Jepun. Ada trip yang saya buat sendiri dan juga yang saya membuat kerjasama dengan syarikat pelancongan yang lain. Seperti yang semua sedia maklum, tahun 2020 merupakan satu sejarah hitam bagi kebanyakan orang. Industri berkaitan pelancongan antara yang terkesan teruk akibat pandemik ini. Akhirnya saya mengambil keputusa...

Tentang Penulis

Penulis merupakan seorang graduan dari sebuah universiti di Jepun. Beliau mengambil kursus Kejuruteraan Elektronik dengan biasiswa dari sebuah syarikat telekomunikasi tanahair. Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan beliau pulang ke Malaysia dan bekerja di syarikat telekomunikasi tersebut. Dalam masa tersebut, beliau juga mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di universiti awam tempatan secara separuh masa. Selepas 15 tahun menabur bakti di syarikat telekomunikasi tersebut, beliau mengambil keputusan untuk menceburi bidang baru yang pada asalnya hanya kerana minat. Bidang tersebut adalah berkaitan dengan pelancongan. Pengkhususan negara adalah ke Jepun sahaja memandangkan beliau agak mahir dengan budaya dan selok-belok masyarakat di sana.  Pada awal tahun 2020 merupakan satu tamparan hebat kepada semua umat manusia kesan daripada pandemik Covid-19. Sektor berkaitan pelancongan, penerbangan dan perhotelan merupakan sektor yang terkena kesan ini secara lang...

Hubungi Penulis

Nak bertanya lanjut perkara berkaitan takaful dan pengurusan harta pusaka? Whatsapp 013-7287178 Telefon : 013-7287178 FB Page : Muhamad Rafidi Ramli FB : Muhamad Rafidi Email : mrafidi@gmail.com Linktree : mrafidi