Skip to main content

Posts

Great Takaful Group (GTG)

Great Takaful Group merupakan salah satu agensi di bawah Great Eastern Takaful (GETB) yang sudah melahirkan sebanyak 4 orang Group Manager (GM) dan juga 4 orang Unit Manager dan ramai perunding takaful di seluruh Malaysia. Visi GTG adalah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin bumiputera yang cemerlang dalam bidang takaful. Manakala Misi GTG pula adalah untuk menyokong, membantu dan melatih bumiputera bermula dalam bidang takaful dan seterusnya berjaya dalam bidang ini. Mahukan penerangan lanjut? Hubungi kami 
Recent posts

i-Great Generasi : Manfaat dan ciri-ciri

Caruman dan Tempoh Perlindungan Fleksibel Pilih tempoh pembayaran caruman yang fleksibel di antara 10, 20 tahun atau  sepanjang tempoh perlindungan dengan perlindungan 30 tahun atau sehingga  umur 60 tahun, bergantung pada umur penyertaan anda.   Jumlah Perlindungan yang Tinggi Dapatkan perlindungan dengan Jumlah Perlindungan Asas 1 yang tinggi bermula  dari RM250,000.   Manfaat Kematian Sekiranya berlaku kematian pada Orang Yang Dilindungi, yang mana lebih tinggi  daripada berikut akan dibayar: • Jumlah Perlindungan Asas; atau • Nilai Tunai daripada Akaun Individu Peserta 2 .   Manfaat Kematian Semasa Menunaikan Haji/Umrah Sekiranya berlaku Kematian pada Orang Yang Dilindungi semasa Sijil berkuat kuasa semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh  kemalangan, sebuah jumlah tambahan sebanyak seratus peratus (100%)  daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan ke atas  Manfaat Kematian.   Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal

My Career Switch Journey

 "Jom join aku jadi ejen takaful!" "Tak pa la. Aku rasa aku tak sesuai la. Lagi pun aku agak sibuk dok uruskan trip ke Jepun" Alasan? Mungkin ya, mungkin tidak. Yang pasti ianya bukan rezeki aku untuk menjadi seorang perunding takaful dengan menyahut saranan tersebut dari seorang rakan pada tahun 2017.  Sedang dia sibuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang perunding takaful, aku dengan haluanku untuk membawa seberapa ramai mungkin rakyat Malaysia bagi mengenali sebuah negara unik yang dikenali dengan nama Negara Matahari Terbit. 2020, tahun yang dikatakan akan ada kereta terbang, tetapi kapal terbang pun tak boleh terbang. Covid-19, nama yang selalu meniti di kaca TV. Dari berita pagi, tengah hari, terkini dan malam hari. Semuanya berkisarkan mengenai wabak yang satu ini. Bertapa banyaknya industri terjejas akibatnya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Industri berkaitan pelancongan boleh dikatakan hampir lumpuh. Aku bagaimana? Bohong jika dikatakan ak

Dua bulan sudah berlalu

 Hari ini genap dua bulan saya mendaftarkan diri sebagai perunding takaful di GETB. Suka saya perkenalkan diri saya sekali lagi disini. Nama saya Muhamad Rafidi Ramli. Ramai yang panggil Rafidi, tak kurang juga Pid, Bampid, PD, Fidi dan sebagainya. Saya berasal dari Pulau Pinang dan bersekolah di sana sehingga peringkat SPM. Sekarang saya menetap di Selangor. Saya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Negara Matahari Terbit. Setelah pulang, saya bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi selama 15 tahun. Saya mengambil MBA secara separuh masa semasa bekerja di sini. Pada hujung tahun 2014, saya mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dengan menguruskan trip ke Jepun. Ada trip yang saya buat sendiri dan juga yang saya membuat kerjasama dengan syarikat pelancongan yang lain. Seperti yang semua sedia maklum, tahun 2020 merupakan satu sejarah hitam bagi kebanyakan orang. Industri berkaitan pelancongan antara yang terkesan teruk akibat pandemik ini. Akhirnya saya mengambil keputusan un

Tentang Penulis

Penulis merupakan seorang graduan dari sebuah universiti di Jepun. Beliau mengambil kursus Kejuruteraan Elektronik dengan biasiswa dari sebuah syarikat telekomunikasi tanahair. Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan beliau pulang ke Malaysia dan bekerja di syarikat telekomunikasi tersebut. Dalam masa tersebut, beliau juga mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di universiti awam tempatan secara separuh masa. Selepas 15 tahun menabur bakti di syarikat telekomunikasi tersebut, beliau mengambil keputusan untuk menceburi bidang baru yang pada asalnya hanya kerana minat. Bidang tersebut adalah berkaitan dengan pelancongan. Pengkhususan negara adalah ke Jepun sahaja memandangkan beliau agak mahir dengan budaya dan selok-belok masyarakat di sana.  Pada awal tahun 2020 merupakan satu tamparan hebat kepada semua umat manusia kesan daripada pandemik Covid-19. Sektor berkaitan pelancongan, penerbangan dan perhotelan merupakan sektor yang terkena kesan ini secara langsung

Hubungi Penulis

Nak bertanya lanjut perkara berkaitan takaful dan pengurusan harta pusaka? Whatsapp 013-3457178 Telefon : 013-3457178 FB Page : Muhamad Rafidi Ramli FB : Muhamad Rafidi Email : mrafidi@gmail.com Linktree : mrafidi