Skip to main content

Apa Itu Hukum Faraid?

 



Hukum Faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang.

Dalam hukum syarak, Ahli waris yang mempunyai hak Faraid ke atas pusaka si mati mestilah seseorang yang seorang Muslim, mempunyai pertalian darah atau dengan perkahwinan

Pembahagian harta pusaka dalam hukum Faraid merupakan satu tindakan penting yang akan memastikan harta pusaka disalurkan dengan adil dan saksama kepada ahli waris yang berhak menerimanya.

Harta yang boleh difaraidkan adalah harta yang dimiliki oleh si mati pada waktu kematian dan harta tersebut mestilah datangnya dari sumber yang halal. Ianya termasuk harta dari kategori harta tidak alih seperti tanah dan rumah mahupun  harta alih seperti wang simpanan dan saham.

Ashabul Furud merupakan golongan yang mengambil harta pusaka dengan bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. 
Ahli waris dalam hukum syarak terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu waris utama, waris gantian dan waris sisian.

Waris Penghalang (Asabah) merupakan dinding atau penghalang kepada waris sisian untuk mewarisi harta si mati. Mereka terdiri daripada anak lelaki, bapa dan cucu lelaki kepada anak lelaki.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Faraid, boleh klik di sini.




Comments

Popular posts from this blog

Hubungi Penulis

Nak bertanya lanjut perkara berkaitan takaful dan pengurusan harta pusaka? Whatsapp 013-7287178 Telefon : 013-7287178 FB Page : Muhamad Rafidi Ramli FB : Muhamad Rafidi Email : mrafidi@gmail.com Linktree : mrafidi

Pelan Hibah mampu milik dari Great Eastern Takaful yang bermula dari RM58 sebulan!

  PELAN GEN INI AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2022 Bermula HANYA RM58 sebulan!* Klik whatsapp sekarang Pelan ini mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik. 👉 Manfaat perlindungan kematian dan cacat kekal yang tinggi bermula dari RM250,000 👉 "Protection Booster" yang memberikan tambahan manfaat perlindungan sebanyak 10% setiap 5 tahun dengan caruman yang sama. 👉 Manfaat kematian dua kali ganda semasa menunaikan umrah atau haji 👉 Pilihan manfaat berganda untuk kematian disebabkan oleh kemalangan. 👉 Terma bayaran yang fleksibel (10 tahun, 20 tahun atau sepenuhnya) 👉 Khairiat kematian kepada waris sebanyak RM2,000 👉 Manfaat sijil matang selepas tempoh matang. 👉 Perlindungan yang boleh disambung secara automatik sehingga umur 100 tahun.   Untuk mendapatkan rundingan PERCUMA pelan iGreat GENerasi ini, boleh hubungi dengan whatsapp ke 013-3457178 atau klik WhatsApp dibawah Apakah itu 3 "H"? *terma & syarat Link berkaitan :  i-Great G...

Harta Sepencarian memelihara hak isteri

Setiap pasangan suami dan isteri perlu jelas bahawa apabila salah seorang suami atau isteri meninggal dunia maka Hak Harta Sepencarian  tidak akan dapat secara automatik kepada pasangan yang masih hidup.  Menurut undang-undang, Harta Sepencarian adalah harta yang diperolehi oleh pasangan suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan dan jika berlaku kematian salah seorang daripada mereka, maka ia perlu DITUNTUT di Mahkamah Syariah oleh mana-mana pasangan yang masih hidup.  Hak ke atas Harta Sepencarian ini akan menambah nilai dan bahagian isteri yang ditinggalkan. Melalui Harta Sepencarian mereka akan mendapat bahagian yang lebih besar ke atas harta peninggalan arwah suami.  Mengikut pembahagian faraid, Jika suami meninggal dunia, hak isteri adalah 1/4 atau 1/8 sahaja. Isteri akan mendapat 1/4 daripada harta pusaka suami sekiranya si suami tidak memiliki anak dan 1/8 sekiranya si suami meninggalkan anak.   Bahagian 1/8 ini mungkin  tidak mencukupi untuk di...