Skip to main content

i-Great Generasi : Manfaat dan ciri-ciri



PELAN GEN INI AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2022

Caruman dan Tempoh Perlindungan Fleksibel

Pilih tempoh pembayaran caruman yang fleksibel di antara 10, 20 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan dengan perlindungan 30 tahun atau sehingga umur 60 tahun, bergantung pada umur penyertaan anda.

 

Jumlah Perlindungan yang Tinggi

Dapatkan perlindungan dengan Jumlah Perlindungan Asas1 yang tinggi bermula dari RM250,000.

 

Manfaat Kematian

Sekiranya berlaku kematian pada Orang Yang Dilindungi, yang mana lebih tinggi daripada berikut akan dibayar:

• Jumlah Perlindungan Asas; atau

• Nilai Tunai daripada Akaun Individu Peserta2.

 

Manfaat Kematian Semasa Menunaikan Haji/Umrah

Sekiranya berlaku Kematian pada Orang Yang Dilindungi semasa Sijil berkuatkuasa semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh kemalangan, sebuah jumlah tambahan sebanyak seratus peratus (100%) daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan ke atas Manfaat Kematian.

 

Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal

Sekiranya berlaku Hilang Upaya Penuh dan Kekal semasa Sijil berkuatkuasa,yang mana lebih tinggi daripada berikut akan dibayar:

• Jumlah Perlindungan Asas; atau

• Nilai Tunai daripada Akaun Individu Peserta.

 

Manfaat Rangsangan Perlindungan

Pada setiap akhir tahun ke-5 Tahun Sijil, Jumlah Perlindungan Asas* akan meningkat sebanyak 10%, sehingga 10 kali peningkatan, atau bersamaan penambahan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas sepanjang Tempoh Sijil, tertakluk kepada terma dan syarat.

* berdasarkan Jumlah Perlindungan Asas terawal atau Jumlah Perlindungan Asas semasa, yang mana lebih rendah.

 

Manfaat Ihsan

Waris anda akan menerima sejumlah RM2,000 setiap Sijil daripada Dana Tabarru’ sekiranya anda meninggal dunia.

 

Lien Kanak-Kanak

Sekiranya berlaku Hilang Upaya Penuh dan Kekal atau Kematian Akibat Kemalangan atau bukan akibat kemalangan sebelum ulang tahun Sijil sebelum Orang Yang Dilindungi mencapai umur 5 tahun, peratusan Jumlah Perlindungan

Asas akan dibayar seperti berikut:

Umur Jumlah Perlindungan Asas Selepas Lien

1 20% daripada Jumlah Perlindungan Asas

2 40% daripada Jumlah Perlindungan Asas

3 60% daripada Jumlah Perlindungan Asas

4 80% daripada Jumlah Perlindungan Asas

Nota: Perlindungan penuh akan diberikan dari umur 5 tahun.

 

Perlindungan Lanjutan Automatik

Nikmati perlindungan berterusan dengan Perlindungan Lanjutan Automatik selepas tempoh 30 tahun atau matang pada umur 60 tahun. Bagi Orang Yang Dilindungi yang memilih untuk matang selepas tempoh 30 tahun atau umur 60 tahun, perlindungan akan dilanjutkan secara automatik ke umur 80 tahun dan seterusnya umur 100 tahun.

Perlindungan Lanjutan Automatik hanya digunapakai untuk Sijil yang masih berkuatkuasa dan selagi Orang Yang Dilindungi tidak melebihi umur 80 tahun. Tambahan caruman akan diperlukan sepanjang lanjutan tempoh perlindungan.


Rider-Rider

Sesuaikan pelan Takaful anda dengan perlindungan yang komprehensif melalui rider pilihan ini:


Kemalangan

i-Accidental Dea th Benefit Term Rider

Nota: Rider pilihan yang dinyatakan di atas adalah rider dengan pembayaran caruman.

 

Badal Haji, Wakaf & Hibah


Khidmat Badal Haji

Sekiranya anda meninggal dunia, kami akan memastikan kewajipan Haji anda akan ditunaikan oleh badan atau organisasi berkaitan. Khidmat ini adalah pilihan tambahan dan anda harus mengisi Borang Perkhidmatan Badal Haji untuk memilih perkhidmatan ini.

Terhad kepada orang Islam sahaja dan jumlah manfaat yang dibayar mestilah mencukupi untuk pemotongan bagi perkhidmatan ini.

 

Khidmat Wakaf

Sekiranya anda meninggal dunia, jumlah daripada Manfaat Kematian yang telah dipersetujui oleh anda akan disalurkan kepada badan wakaf yang dilantik oleh kami untuk perkhidmatan ini. Khidmat ini adalah pilihan tambahan dan anda harus mengisi Borang Perkhidmatan Wakaf.


Hibah untuk yang Tersayang atau untuk Amal

Buat persediaan untuk waris dan/atau organisasi amal yang anda pilih apabila anda mencarum ke i-Great GENerasi. Isikan borang penama untuk waris anda dan borang serah hak untuk badan kebajikan yang anda pilih. Buat persediaan serentak untuk KEDUA-DUANYA, hanya dengan Great Eastern Takaful.

Untuk maklumat lanjut, Hubungi Penulis.



Link berkaitan :

Comments

Popular posts from this blog

Hubungi Penulis

Nak bertanya lanjut perkara berkaitan takaful dan pengurusan harta pusaka? Whatsapp 013-3457178 Telefon : 013-3457178 FB Page : Muhamad Rafidi Ramli FB : Muhamad Rafidi Email : mrafidi@gmail.com Linktree : mrafidi

Pelan Hibah mampu milik dari Great Eastern Takaful yang bermula dari RM58 sebulan!

  PELAN GEN INI AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2022 Bermula HANYA RM58 sebulan!* Klik whatsapp sekarang Pelan ini mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik. 👉 Manfaat perlindungan kematian dan cacat kekal yang tinggi bermula dari RM250,000 👉 "Protection Booster" yang memberikan tambahan manfaat perlindungan sebanyak 10% setiap 5 tahun dengan caruman yang sama. 👉 Manfaat kematian dua kali ganda semasa menunaikan umrah atau haji 👉 Pilihan manfaat berganda untuk kematian disebabkan oleh kemalangan. 👉 Terma bayaran yang fleksibel (10 tahun, 20 tahun atau sepenuhnya) 👉 Khairiat kematian kepada waris sebanyak RM2,000 👉 Manfaat sijil matang selepas tempoh matang. 👉 Perlindungan yang boleh disambung secara automatik sehingga umur 100 tahun.   Untuk mendapatkan rundingan PERCUMA pelan iGreat GENerasi ini, boleh hubungi dengan whatsapp ke 013-3457178 atau klik WhatsApp dibawah Apakah itu 3 "H"? *terma & syarat Link berkaitan :  i-Great G

Dengan hanya RM50 sebulan, sudah ada perlindungan Hibah Takaful bagi keluarga tersayang

RM50 sebulan saja!  Betul apa yang ditulis diatas tu. Dengan hanya RM50 sebulan, anda telah dapat memberi satu bentuk perlindungan kepada anak-anak dan isteri anda jika berlaku musibah kepada anda di kemudian hari. Musibah yang dimaksudkan dalam kes ini adalah kematian atau cacat kekal.  Pasti ramai yang tertanya-tanya, jika terkena penyakit kritikal macam mana pulak? Tak ada sebarang pampasan ker? Jangan risau, pelan i-Great Evo ini walaupun secara asasnya adalah perlindungan kematian dan lumpuh kekal tetapi ada banyak lagi "rider" yang boleh ditambah. Pampasan Perlindungan Penyakit Kritikal adalah salah satu rider yang boleh ditambah dalam pelan ini. Selain dari itu, ada juga rider lain yang sangat penting untuk dipertimbangkan iaitu Perlindungan Kemalangan serta Pelan Medical Card. Didalam gambar dibawah, terdapat nilai pampasan dan juga nilai tunai yang boleh diperolehi dengan caruman RM50 sebulan. Pengiraan adalah dibuat berdasarkan kelas pekerjaan kategori 2 dan juga i