"Jom join aku jadi ejen takaful!" "Tak pa la. Aku rasa aku tak sesuai la. Lagi pun aku agak sibuk dok uruskan trip ke Jepun" Alasan? Mungkin ya, mungkin tidak. Yang pasti ianya bukan rezeki aku untuk menjadi seorang perunding takaful dengan menyahut saranan tersebut dari seorang rakan pada tahun 2017. Sedang dia sibuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang perunding takaful, aku dengan haluanku untuk membawa seberapa ramai mungkin rakyat Malaysia bagi mengenali sebuah negara unik yang dikenali dengan nama Negara Matahari Terbit. 2020, tahun yang dikatakan akan ada kereta terbang, tetapi kapal terbang pun tak boleh terbang. Covid-19, nama yang selalu meniti di kaca TV. Dari berita pagi, tengah hari, terkini dan malam hari. Semuanya berkisarkan mengenai wabak yang satu ini. Bertapa banyaknya industri terjejas akibatnya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Industri berkaitan pelancongan boleh dikatakan hampir lumpuh. Aku bagaimana? Bohong jika dikatakan ak
Info berkaitan dengan pelan-pelan takaful (medical card dan income protection) dan juga maklumat berkaitan pengurusan harta pusaka. Penulis merupakan ejen berdaftar dengan Great Eastern Takaful dan juga As-Salihin Trustee Berhad