Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

Apa Itu Hukum Faraid?

  Hukum Faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang. Dalam hukum syarak, Ahli waris yang mempunyai hak Faraid ke atas pusaka si mati mestilah seseorang yang seorang Muslim, mempunyai pertalian darah atau dengan perkahwinan Pembahagian harta pusaka dalam hukum Faraid merupakan satu tindakan penting yang akan memastikan harta pusaka disalurkan dengan adil dan saksama kepada ahli waris yang berhak menerimanya. Harta yang boleh difaraidkan adalah harta yang dimiliki oleh si mati pada waktu kematian dan harta tersebut mestilah datangnya dari sumber yang halal. Ianya termasuk harta dari kategori harta tidak alih seperti tanah dan rumah mahupun  harta alih seperti wang simpanan dan saham. Ashabul Furud merupakan golongan yang mengambil harta pusaka dengan bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8.  Ahli waris dalam hukum syarak terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu waris utam