Skip to main content

Kelas pekerjaan untuk permohonan Takaful

Antara kriteria penting yang akan dinilai oleh syarikat takaful adalah risiko pekerjaan seseorang pencarum itu. Ada empat kelas kategori bagi semua permohonan pelan takaful.


Tidak semestinya sesuatu pekerjaan itu hanya mempunyai satu kelas sahaja. Ambil kerjaya seorang jurutera sebagai contoh. Jurutera yang banyak bekerja di pejabat tidak sama kelas pekerjaannya dengan jurutera yang tukas hakikinya mengendali mesin atau jurutera yang selalu berulang-alik ke pelantar minyak di tengah lautan.


Maklumat-maklumat berkaitan pekerjaan ini haruslah diberikan setepat mungkin kepada perunding takaful sebelum permohonan pelan takaful diteruskan. 



Kategori pekerjaan yang terdapat dalam kelas satu adalah pekerjaan yang mempunyai risiko paling rendah. Antaranya adalah kerjaya seorang guru, doktor atau pengurus di dalam pejabat.


Manakala kelas empat pula adalah pekerjaan yang mempuyai risiko paling tinggi sebagai contoh adalah anggota keselamatan yang menggunakan senjata api untuk tugas harian ataupun pekerja di pelantar minyak di lautan dalam.


Kelas kedua dan ketiga adalah risiko pertengah diantara kedua-dua kelas diatas tadi. Dalam kebanyakan pelan takaful, perbezaan harga kelas satu dan dua hampir tiada langsung. walaupun begitu, permohonan dengan kelas yang betul adalah perlu untuk mengelakkan masalah berbangkit di kemudian hari.

Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut pelan-pelan yang ditawarkan, sila whatsap ke 013-3457178







Comments

Popular posts from this blog

Hubungi Penulis

Nak bertanya lanjut perkara berkaitan takaful dan pengurusan harta pusaka? Whatsapp 013-7287178 Telefon : 013-7287178 FB Page : Muhamad Rafidi Ramli FB : Muhamad Rafidi Email : mrafidi@gmail.com Linktree : mrafidi

i-Great Generasi : Manfaat dan ciri-ciri

PELAN GEN INI AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2022 Caruman dan Tempoh Perlindungan Fleksibel Pilih tempoh pembayaran caruman yang fleksibel di antara 10, 20 tahun atau  sepanjang tempoh perlindungan dengan perlindungan 30 tahun atau sehingga  umur 60 tahun, bergantung pada umur penyertaan anda.   Jumlah Perlindungan yang Tinggi Dapatkan perlindungan dengan Jumlah Perlindungan Asas 1 yang tinggi bermula  dari RM250,000.   Manfaat Kematian Sekiranya berlaku kematian pada Orang Yang Dilindungi, yang mana lebih tinggi  daripada berikut akan dibayar: • Jumlah Perlindungan Asas; atau • Nilai Tunai daripada Akaun Individu Peserta 2 .   Manfaat Kematian Semasa Menunaikan Haji/Umrah Sekiranya berlaku Kematian pada Orang Yang Dilindungi semasa Sijil berkuat kuasa semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh  kemalangan, sebuah jumlah tambahan sebanyak seratus peratus (100%)  daripada Jumlah Perlindungan Asas akan diba...

Harta Sepencarian memelihara hak isteri

Setiap pasangan suami dan isteri perlu jelas bahawa apabila salah seorang suami atau isteri meninggal dunia maka Hak Harta Sepencarian  tidak akan dapat secara automatik kepada pasangan yang masih hidup.  Menurut undang-undang, Harta Sepencarian adalah harta yang diperolehi oleh pasangan suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan dan jika berlaku kematian salah seorang daripada mereka, maka ia perlu DITUNTUT di Mahkamah Syariah oleh mana-mana pasangan yang masih hidup.  Hak ke atas Harta Sepencarian ini akan menambah nilai dan bahagian isteri yang ditinggalkan. Melalui Harta Sepencarian mereka akan mendapat bahagian yang lebih besar ke atas harta peninggalan arwah suami.  Mengikut pembahagian faraid, Jika suami meninggal dunia, hak isteri adalah 1/4 atau 1/8 sahaja. Isteri akan mendapat 1/4 daripada harta pusaka suami sekiranya si suami tidak memiliki anak dan 1/8 sekiranya si suami meninggalkan anak.   Bahagian 1/8 ini mungkin  tidak mencukupi untuk di...