Skip to main content

Dua bulan sudah berlalu

 Hari ini genap dua bulan saya mendaftarkan diri sebagai perunding takaful di GETB. Suka saya perkenalkan diri saya sekali lagi disini.

Nama saya Muhamad Rafidi Ramli. Ramai yang panggil Rafidi, tak kurang juga Pid, Bampid, PD, Fidi dan sebagainya.

Saya berasal dari Pulau Pinang dan bersekolah di sana sehingga peringkat SPM. Sekarang saya menetap di Selangor.

Saya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Negara Matahari Terbit. Setelah pulang, saya bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi selama 15 tahun. Saya mengambil MBA secara separuh masa semasa bekerja di sini.

Pada hujung tahun 2014, saya mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dengan menguruskan trip ke Jepun. Ada trip yang saya buat sendiri dan juga yang saya membuat kerjasama dengan syarikat pelancongan yang lain.

Seperti yang semua sedia maklum, tahun 2020 merupakan satu sejarah hitam bagi kebanyakan orang. Industri berkaitan pelancongan antara yang terkesan teruk akibat pandemik ini.



Akhirnya saya mengambil keputusan untuk beralih arah setelah lebih kurang 6 tahun dalam bidang ini. Insya Allah jika pandemik ini sudah reda, saya akan kembali lagi jika tidak pun sepenuh masa, sekurang-kurangnya separuh masa.

Untuk masa sekarang, tumpuan saya menjurus kepada bidang yang baru saya ceburi ini. Saya bercadang nak kongsikan pelan-pelan yang ditawarkan mengikut kesesuaian dan keperluan.

Antara pelan takaful yang ditawarkan adalah Pelan Hibah, Income Protection dan juga Medical Card.

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya untuk penerangan yang lebih lanjut insya Allah.

Semoga tahun 2021 ini membawa SINAR untuk kita semua, insya Allah


Muhamad Rafidi 

Perunding Takaful Anda

013-7287178

#journeybeyondtravel


Comments

Popular posts from this blog

Hubungi Penulis

Nak bertanya lanjut perkara berkaitan takaful dan pengurusan harta pusaka? Whatsapp 013-7287178 Telefon : 013-7287178 FB Page : Muhamad Rafidi Ramli FB : Muhamad Rafidi Email : mrafidi@gmail.com Linktree : mrafidi

i-Great Generasi : Manfaat dan ciri-ciri

PELAN GEN INI AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2022 Caruman dan Tempoh Perlindungan Fleksibel Pilih tempoh pembayaran caruman yang fleksibel di antara 10, 20 tahun atau  sepanjang tempoh perlindungan dengan perlindungan 30 tahun atau sehingga  umur 60 tahun, bergantung pada umur penyertaan anda.   Jumlah Perlindungan yang Tinggi Dapatkan perlindungan dengan Jumlah Perlindungan Asas 1 yang tinggi bermula  dari RM250,000.   Manfaat Kematian Sekiranya berlaku kematian pada Orang Yang Dilindungi, yang mana lebih tinggi  daripada berikut akan dibayar: • Jumlah Perlindungan Asas; atau • Nilai Tunai daripada Akaun Individu Peserta 2 .   Manfaat Kematian Semasa Menunaikan Haji/Umrah Sekiranya berlaku Kematian pada Orang Yang Dilindungi semasa Sijil berkuat kuasa semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh  kemalangan, sebuah jumlah tambahan sebanyak seratus peratus (100%)  daripada Jumlah Perlindungan Asas akan diba...

Harta Sepencarian memelihara hak isteri

Setiap pasangan suami dan isteri perlu jelas bahawa apabila salah seorang suami atau isteri meninggal dunia maka Hak Harta Sepencarian  tidak akan dapat secara automatik kepada pasangan yang masih hidup.  Menurut undang-undang, Harta Sepencarian adalah harta yang diperolehi oleh pasangan suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan dan jika berlaku kematian salah seorang daripada mereka, maka ia perlu DITUNTUT di Mahkamah Syariah oleh mana-mana pasangan yang masih hidup.  Hak ke atas Harta Sepencarian ini akan menambah nilai dan bahagian isteri yang ditinggalkan. Melalui Harta Sepencarian mereka akan mendapat bahagian yang lebih besar ke atas harta peninggalan arwah suami.  Mengikut pembahagian faraid, Jika suami meninggal dunia, hak isteri adalah 1/4 atau 1/8 sahaja. Isteri akan mendapat 1/4 daripada harta pusaka suami sekiranya si suami tidak memiliki anak dan 1/8 sekiranya si suami meninggalkan anak.   Bahagian 1/8 ini mungkin  tidak mencukupi untuk di...