Skip to main content

Tentang Penulis

Penulis merupakan seorang graduan dari sebuah universiti di Jepun. Beliau mengambil kursus Kejuruteraan Elektronik dengan biasiswa dari sebuah syarikat telekomunikasi tanahair.

Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan beliau pulang ke Malaysia dan bekerja di syarikat telekomunikasi tersebut. Dalam masa tersebut, beliau juga mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di universiti awam tempatan secara separuh masa.

Selepas 15 tahun menabur bakti di syarikat telekomunikasi tersebut, beliau mengambil keputusan untuk menceburi bidang baru yang pada asalnya hanya kerana minat. Bidang tersebut adalah berkaitan dengan pelancongan. Pengkhususan negara adalah ke Jepun sahaja memandangkan beliau agak mahir dengan budaya dan selok-belok masyarakat di sana. 

Pada awal tahun 2020 merupakan satu tamparan hebat kepada semua umat manusia kesan daripada pandemik Covid-19. Sektor berkaitan pelancongan, penerbangan dan perhotelan merupakan sektor yang terkena kesan ini secara langsung. 

Bersama rakan yang memberi saranan ke dalam bidang Takaful


Pada penghujung tahun 2020, beliau telah mengambil keputusan untuk menerima saranan seorang rakan dan menceburi bidang baru sebagai seorang Perunding Takaful di Great Eastern Takaful. Pada awal tahun 2021, beliau meluaskan sedikit bidang yang diceburi dengan menambah portfolio sebagai Perunding Harta Pusaka Islam di As-Salihin Trustee. 

Untuk sesiapa yang inginkan maklumat lanjut berkaitan perancangan kewangan dengan takaful dan pengurusan harta pusaka Islam, bolehlah terus whatsapp ke 013-7287178 ataupun email ke muhamadrafidiramli@gmail.com






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hubungi Penulis

Nak bertanya lanjut perkara berkaitan takaful dan pengurusan harta pusaka? Whatsapp 013-7287178 Telefon : 013-7287178 FB Page : Muhamad Rafidi Ramli FB : Muhamad Rafidi Email : mrafidi@gmail.com Linktree : mrafidi

i-Great Generasi : Manfaat dan ciri-ciri

PELAN GEN INI AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2022 Caruman dan Tempoh Perlindungan Fleksibel Pilih tempoh pembayaran caruman yang fleksibel di antara 10, 20 tahun atau  sepanjang tempoh perlindungan dengan perlindungan 30 tahun atau sehingga  umur 60 tahun, bergantung pada umur penyertaan anda.   Jumlah Perlindungan yang Tinggi Dapatkan perlindungan dengan Jumlah Perlindungan Asas 1 yang tinggi bermula  dari RM250,000.   Manfaat Kematian Sekiranya berlaku kematian pada Orang Yang Dilindungi, yang mana lebih tinggi  daripada berikut akan dibayar: • Jumlah Perlindungan Asas; atau • Nilai Tunai daripada Akaun Individu Peserta 2 .   Manfaat Kematian Semasa Menunaikan Haji/Umrah Sekiranya berlaku Kematian pada Orang Yang Dilindungi semasa Sijil berkuat kuasa semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh  kemalangan, sebuah jumlah tambahan sebanyak seratus peratus (100%)  daripada Jumlah Perlindungan Asas akan diba...

Harta Sepencarian memelihara hak isteri

Setiap pasangan suami dan isteri perlu jelas bahawa apabila salah seorang suami atau isteri meninggal dunia maka Hak Harta Sepencarian  tidak akan dapat secara automatik kepada pasangan yang masih hidup.  Menurut undang-undang, Harta Sepencarian adalah harta yang diperolehi oleh pasangan suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan dan jika berlaku kematian salah seorang daripada mereka, maka ia perlu DITUNTUT di Mahkamah Syariah oleh mana-mana pasangan yang masih hidup.  Hak ke atas Harta Sepencarian ini akan menambah nilai dan bahagian isteri yang ditinggalkan. Melalui Harta Sepencarian mereka akan mendapat bahagian yang lebih besar ke atas harta peninggalan arwah suami.  Mengikut pembahagian faraid, Jika suami meninggal dunia, hak isteri adalah 1/4 atau 1/8 sahaja. Isteri akan mendapat 1/4 daripada harta pusaka suami sekiranya si suami tidak memiliki anak dan 1/8 sekiranya si suami meninggalkan anak.   Bahagian 1/8 ini mungkin  tidak mencukupi untuk di...