Skip to main content

My Career Switch Journey

 "Jom join aku jadi ejen takaful!"

"Tak pa la. Aku rasa aku tak sesuai la. Lagi pun aku agak sibuk dok uruskan trip ke Jepun"

Alasan? Mungkin ya, mungkin tidak. Yang pasti ianya bukan rezeki aku untuk menjadi seorang perunding takaful dengan menyahut saranan tersebut dari seorang rakan pada tahun 2017. 

Sedang dia sibuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang perunding takaful, aku dengan haluanku untuk membawa seberapa ramai mungkin rakyat Malaysia bagi mengenali sebuah negara unik yang dikenali dengan nama Negara Matahari Terbit.

2020, tahun yang dikatakan akan ada kereta terbang, tetapi kapal terbang pun tak boleh terbang. Covid-19, nama yang selalu meniti di kaca TV. Dari berita pagi, tengah hari, terkini dan malam hari. Semuanya berkisarkan mengenai wabak yang satu ini. Bertapa banyaknya industri terjejas akibatnya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Industri berkaitan pelancongan boleh dikatakan hampir lumpuh.


Aku bagaimana? Bohong jika dikatakan aku tidak terkesan. Sangat-sangat terkesan. pelbagai kerja dibuat untuk cari makan. Asal kerja jadi duit orang kata. Masa ini pun ada juga rakanku si ejen takaful itu bersuara mengajak lagi. Kali ini aku hanya tersenyum kelat. Tiada jawapan pasti kerana aku masih tidak berkeyakinan untuk menyahut cabarannya.

Oktober 2020, kira-kira lapan bulan dari trip terakhirku ke Jepun. Rakan itu mengajak lagi sekali. Kali ini bukan aku seorang yang diajak seperti sebelum-sebelum ini. Semua rakan masa belajar juga diajaknya. Bukan sekali dua juga ajakan dia di sini tapi entah kenapa, kali ini aku cuma terfikir, mungkin aku patut mencuba sesuatu yang baru kali ini? Sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat. 

Mesej di whatsapp group di baca dengan teliti. Terdetik dihatiku. Apa kata, aku cuba berikan peluang pada diriku sendiri untuk meneroka bidang yang begitu asing ini?

"Hang nak ajak join hang ni, cuba explain detail sikit kat kami semua ni"

Aku cuba mengacah dia.

"Tak boleh mai KL, buat online pun ok"

Akhirnya, satu sesi perjumpaan secara maya telah dijalankan. Jika tidak salah ingatanku, aplikasi Skype digunakan pada sesi tersebut. Pelbagai soalan aku tanyakan sehingga berpuas hati. Akhirnya aku membuat keputusan untuk mengambil ujian bagi membolehkan aku mendaftarkan diri sebagai ejen takaful yang sah.

27 Oktober 2020, tarikh ujian. Alhamdulillah aku lulus. 4 November 2020 adalah tarikh rasmi aku diterima sebagai Perunding Takaful di Great Eastern Takaful. Selepas itu, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang perunding takaful. 


Sekarang sudah kira-kira lima bulan aku berada di dalam bidang baru ini. Adakah ianya suatu perjalanan yang senang? Tiada perkara yang senang dalam dunia ini. Kalau nak makan pun bukan main susah nak pilih menunya! 

Apa yang aku boleh katakan, perjalanan ini masih sangat baru tetapi ianya tidak sesusah yang aku sangkakan pada 2017 yang lalu. ianya tidak mudah juga, tetapi tidaklah mustahil untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini.

Adakah aku akan berjaya? Aku panjatkan doa kepada yang Maha Esa agar berjaya dan dipermudahkan perjalananku ini.

Kawan-kawan, doakan untuk aku sama ya!

Muhamad Rafidi

#MycareerSwitchJourney

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hubungi Penulis

Nak bertanya lanjut perkara berkaitan takaful dan pengurusan harta pusaka? Whatsapp 013-3457178 Telefon : 013-3457178 FB Page : Muhamad Rafidi Ramli FB : Muhamad Rafidi Email : mrafidi@gmail.com Linktree : mrafidi

Pelan Hibah mampu milik dari Great Eastern Takaful yang bermula dari RM58 sebulan!

  PELAN GEN INI AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2022 Bermula HANYA RM58 sebulan!* Klik whatsapp sekarang Pelan ini mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik. 👉 Manfaat perlindungan kematian dan cacat kekal yang tinggi bermula dari RM250,000 👉 "Protection Booster" yang memberikan tambahan manfaat perlindungan sebanyak 10% setiap 5 tahun dengan caruman yang sama. 👉 Manfaat kematian dua kali ganda semasa menunaikan umrah atau haji 👉 Pilihan manfaat berganda untuk kematian disebabkan oleh kemalangan. 👉 Terma bayaran yang fleksibel (10 tahun, 20 tahun atau sepenuhnya) 👉 Khairiat kematian kepada waris sebanyak RM2,000 👉 Manfaat sijil matang selepas tempoh matang. 👉 Perlindungan yang boleh disambung secara automatik sehingga umur 100 tahun.   Untuk mendapatkan rundingan PERCUMA pelan iGreat GENerasi ini, boleh hubungi dengan whatsapp ke 013-3457178 atau klik WhatsApp dibawah Apakah itu 3 "H"? *terma & syarat Link berkaitan :  i-Great G

Dengan hanya RM50 sebulan, sudah ada perlindungan Hibah Takaful bagi keluarga tersayang

RM50 sebulan saja!  Betul apa yang ditulis diatas tu. Dengan hanya RM50 sebulan, anda telah dapat memberi satu bentuk perlindungan kepada anak-anak dan isteri anda jika berlaku musibah kepada anda di kemudian hari. Musibah yang dimaksudkan dalam kes ini adalah kematian atau cacat kekal.  Pasti ramai yang tertanya-tanya, jika terkena penyakit kritikal macam mana pulak? Tak ada sebarang pampasan ker? Jangan risau, pelan i-Great Evo ini walaupun secara asasnya adalah perlindungan kematian dan lumpuh kekal tetapi ada banyak lagi "rider" yang boleh ditambah. Pampasan Perlindungan Penyakit Kritikal adalah salah satu rider yang boleh ditambah dalam pelan ini. Selain dari itu, ada juga rider lain yang sangat penting untuk dipertimbangkan iaitu Perlindungan Kemalangan serta Pelan Medical Card. Didalam gambar dibawah, terdapat nilai pampasan dan juga nilai tunai yang boleh diperolehi dengan caruman RM50 sebulan. Pengiraan adalah dibuat berdasarkan kelas pekerjaan kategori 2 dan juga i